Pages

Sunday, July 1, 2012

Akhirnya...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Kalau ada yang pandai cuba teka gambar apa di bawah ini....??!!! hehheheheh..cuba...cuba..


Jawapannya ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kepala budak botak...hahahhahah


Ini la gara2 terlebih pandai nak cukur rambut sendiri...nasib baik la tak jadi apa2..darah ke luka ke sebab pisau yang dia guna baru je tukar.Semua ni jadi kat rumah pengasuh jadi saya sendiri pun tak tau sampai la pengasuh dia tpon bagitau kata dia cukur rambut.berderau gak la darah ni bila umi dia bagitau gitu sebab takut luka kepala dia..then pengasuh yang dia panggil umi bagitau kena cukur semua rambut dia sebab nak bagi naik semula dengan sekata...syukur tak jadi apa2..1st thing yang saya fikir adalah...Comel ke anak aku kalau botak...Loklaq (kata orang utara)....boleh dok pikiaq lagu tu....hahhahha..

Then petang tu balik keja tak sabar nak tengok kepala dia botak..sampai2 je terus tersengih2...rupanya pengasuh dia lum cukur lagi rambut tu sebab nak bagi ibu dan ayah dia tengok dulu apa yang dia dah buat (entry sebelum INI )..Masa dah masuk keta tu terus tanya...
Ibu : Awat Aqiel buat camtu..tak hensem la anak ibu
Anak : Hensem ooo...Segak cam Upin Ipin..
Ibu..Erk (telan air liur)Kala luka ke berdarah ke camana?
Anak : Tak ibu Adin(panggilan manja) buat selow2 saja..tengok tak darah kan ibu...tu la Adin pandai kan ibu..Anak ibu pandai kan ibu...
Ibu :Oooo..OK

Alahai la anak ibu...jangan buat camtu lagi k..Risau ibu..

Esoknya dalam kul 10 pagi tpon ibu dah berdering...nampak kat skrin nama umi dia...so jawab bagitau letak dulu then akan tpon semula..bukan apa sian plak derang nak kena tpon kita kan...kredit habis camne...Aqiel lak klau dah bercakap ngan ibu ayah dia bukan reti sat...macam2 nak cter..macam2 nak ngadu...
Anak ; Ibu...segak tau Adin..
Ibu : Eeee..tak hensem la (walaupun tak tengok lagi)
Anak : Segak ooo...
Ibu : OK..petang ni ibu tengok k..
Anak : OK
Umi dia bagitau lepas je cukur rambut tu asyik tengok cermin je..then tersengih sorang2...hahhaha...hensem kot bagi dia..kahkahkah..

Petang tu ayah dia yang p amik dia kat rumah ngasuh..Saya sampai je kat rumah..parking keta tengok2 dah tersengih kat depan pintu rumah sambil pegang gitar dia...nak tunjuk kepala dia la tu. Hasilnya tengok di bawah...Comel gak cumanya saya agak takut2..Takut kalau2 kepala dia terkena sesuatu..almaklumla dah botak...

Ini adalah sesi layan kartun kegemaran dia..Upin Ipin..


Comel tak saya????

Ibu harap rambut dia akan cepat tumbuh dan raya ni akan panjang semula seperti sedia kala..huhuhu


Tuesday, June 26, 2012

Budak ini...



Tengok budak ini...sudah tidak comel uwaaa...ibunya yang menangis tengok...habislah anakku...ini gmbar semalam (Isnin).Hari ni akan ada perubahan lagi..berdebar nak tengok dia petang ni...antara comel atau .... ah peduli apa janji budak ini tetap comel di mata ibu dan ayah dia...hehehhe

Wednesday, May 23, 2012

Prince!

Assalamualaikum...

Hari ni just nak share 2 perkara je tentang my prince yang selalu buat ayah ngan ibu tertawa dan sedih..

Adegan 1- drama swasta

Hari pertama setiap minggu hantar ke rumah pengasuh mesti ada adegan ini...biasanya isnin la sebab ahad adalah hari ayah menghantar dia..tapi ibu cam biasa la tetap kena hantar gak walaupun berdetik dup dap gak jantung ni hahahha...klau adegan menangis ok lagi siap peluk2 x mo lepas tu la yang buat ibu sedih..adegan ni bukan sudah lama berlalu yer tapi makin besar makin menjadi...aduh parah ini..bila dok dalam keta sorang2 ibu lak berdrama swasta...tu la anak ibu jangan buat ibu sedih2 tau nanti ibu lak berair (ibu yang lebih ni!)

Adegan 2 - mulut murai

Ini memang tidak dapat disangkal lagi la...mulut cam bertih jagung...mebi budak2 kot kan cepat adapt ngan situasi sekeliling.Kadang2 apa yang kita katakan kat anak akan kena balik kat kita..

Anak : Apa la orang ni bodoh betul ...bla..bla..bla..
Ayah : Cakap lagi sekali ayah cubit mulut tuh..tak baik cakap cam tu Allah marah.
Ibu   : Ibu tampar mulut tu nanti
Anak : Maafkan saya...

10 minit berlalu...
Ibu : apa la bang tak reti la orang tu..bodoh...bla..bla..bla..
Anak : ayah..ayah ibu kata bodoh!cubit mulut ibu..tak baik kan ayah cakap macam tu..
Ayah : kan dah kena balik kat ibu...
Ibu : (gulp..terkena balik aku) Ok..ok...sori ..ibu minta maaf yer..ibu tak kata dah

Pengajaran : Jangan jadi seperti ketam ajar anak berjalan!

Adegan 3 - merajuk

Adin, jangan main benda tu..jangan buat cam ni..bla..bla..bla..kemudian akan tedengar satu bunyi..kedegang!Tau abunyi apa tu?bunyi pitu bilik yang ditutup kuat oleh si anak sebab merajuk kena marah..hahhahah...pastu akan buka pintu semula nagn muka masam mencuka sambil dok diam atas kerusi sehinggalah dipujuk...wahai anak..adakah sifat ibu yang tak baik tu yang ditirunya..wallahua'lam...

Haahhahah...semua itu adalah pengajaran buat ibu yang selalu terlupa!(Sori my dear!)

 main pomen pomen kat rumah kampung


suka ngat ngan 'kolam' kak sarah (anak buah ibu)

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua...Kalau dulu selalu wish kat member2 kan...sejak 3 tahun lalu aku plak yg slu dapat wish dari kawan2...bahagianya rasa bila dah jadi ibu kan walaupun anak aku masih kekal seorang namun tetap berdoa dan berdoa moga dapat berikan 'kawan' untuk Aqiel dan anak untuk my hubby.Dah..dah jangan sedih2...percaya pada rezeki yang Allah bagi dan sentiasa berdoa agar Allah berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga...Aku ni bukan blogger tegar macam kawan2 len...sokmo je entry akan lambat untuk sebarang peristiwa...hahhahah...tapi malam ni try gak nak menaip sebab my hero dah tido n my hubby pegi KL

Ops lupa...buat officemate faizah yang melahirkan anak kedua semalam (sehari sebelum hari ibu), congrats ya...now..you're the mother of two daughters..bestnya(mula dah..mula dah..).Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal (cekal sungguh dia) selepas yang sulungnya adalah czer...Selamat berpantang

Namun tidak lupa juga Al-fatihah buat arwah mak moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Aminn. Tahun ni dah masuk tahun ke 6 beliau mengadap Ilahi.Terima kasih kerana menjaga kami 11 beradik dengan penuh kasih sayang tanpa rasa penat dan jemu walaupun terpaksa melaluinya seorang diri kehadiran suam i(setelah ayah meninggal masa umur aku 3 tahun).Walaupun tidak banyak yang aku lakukan sepanjang umurnya namun bersyukur kerana sempat menjaganya sehingga akhir hayatnya (aduh..tak leh tulis panjang2 nih...kang basah lak lappy nih)...

Monday, April 30, 2012

Happy 3rd Birthday!


HEPI BESDAY TO YOU.. 
HEPI BESDAY TO YOU.. 
HEPI BESDAY TO AQIEL..
HEPI BESDAY TO YOU.. 

28.04.2012 genap 3 tahun buah hati pengarang jantung ibu nih...alhamdulillah..terima kasih Allah kerana beri kami berdua, suami isteri anak yang cerdik dan comel (kena sebut hensem dah kot..dah besar..hehhe). Tidak seperti tahun sebelum2 nih ibu akan kalut untuk cari kek ataupun buat celecration untuk anak teruna sorang nih. Tahun ni ibu cuma masak makanan kegemaran dia...MEE GORENG!..Hahahhaha...actually birthday dia jatuh hari Sabtu..suppose leh la nak buat kek or buat something yang lebih sedap tapi bila ada di kampung malas la pulak nak buat apa2 dan susahkan orang len..so amik keputusan untuk masak mee je..

Yang paling tak leh tahan bila ibu n ayah nyanyikan lagu hepi bday tuk dia...tersipu2 malu..alahai la anak awak tu lelaki mana leh malu cam tu...kalau sebelum2 nih bday orang lain dia la yang sibuk nyanyikan lagu tuk orang dengan pelat2nya...epi beday to you...ha..macam tu la dok ulang2..pandai sungguh!

Sebenarnya celebration untuk anak dah merangkumi dalam celebration family yang kami decide untuk buat sama2 adik beradik lain termasuk anak2 sedara masa cuti pertabalan Agong 11 april hari tu.meriah sungguh masa tu..kat kampung..siap dirikan 2 buah khemah..tu pun tak cukup gak..ramai ngalahkan kenduri kawin. Memang pakat2 nak buat kenduri sama dan di akhiri dengan bacaan yasin..siap ada goodie bag lagi...ha...kan meriah gtu...tak pe sekali sekala lagipun dah lama tak buat kenduri utk arwah2 kan...

Cuma satu je yang belum...HADIAH!..tak tau nak beli pe...Ayah ada gak bertanya nak beli pe untuk anak tahun ni tapi tak leh nak jawab la..nak beli mainan memang banyak dah kat rumah...dia suka sangat ngan cepeton (sebutan untuk pistol)..dari yang berbunyi..ada lampu n pistol air semua dah ada...dia suka gak gitar..ada nampak 1 gitar ni kat kedai..mmmmphh..tengah berfikir ok ke nak beli gitar..alahai..dalam dilema la plak ibu sorang nih...tak pe..ibu fikir slow2 hadiah pe nak bagi..
Perangai lak..skang ni dah banyak yang dia boleh...cakap banyak..petah tapi masih ada pelat n ada ada yang ok..skang ni klau dah success buat sesuatu mesti perkataan ni yang keluar dari mulut dia.."Pandai anak ibu buat"...hahahahha...ayah kata anak ni mulut banyak macam ibu..then ibu akan balas balik..almaklumla masa ngandungkan dia ibu banyak buat kelas n ajar orang komputer...tu la dia cakap banyak..ok tak alasan gtu...hehheheh.. Akhir sekali doa ibu moga Aqiel akan jadi anak yang soleh dan membanggakan ibu dan ayah..Aminn..

Hobi baru..berenang..

Tuesday, April 10, 2012

Favourite!

TERUKIR DI BINTANG

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

BY : yUNA


That's my favourite song!kalau ada lagu nih mesti tiga2 beranak akan menyanyi serentak hahahahha...aqiel pun dah pandai ikut2 lagu kat radio (mesti ikut ayah nih..hehhehe).

Bukan apa suka sangat lirik lagu nih...sebab kadang2 terfikir tak mampu untuk bantu apa yang perlu huhuhu...10 years 4 nothing!beruntunglah sesapa yang yang sudah kukuh...tapi masih bersyukur Allah berikan rezeki yang tidak seberapa ini untuk Aqiel...masih mengharap yang lebih baik namun kita hanya merancang..Allah yang tentukan...

Sunday, April 1, 2012

Aprilfool!!


April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?

Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita hanya mengikut budaya barat dan menyambut perayaan ini?

Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan

Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan mengikut-ikut ini.

"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?"
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain.

Kesimpulannya, April Fool ini sudah terbukti tidak mempunyai apa-apa yang menarik dan mendatangkan faedah untuk kita sambut.

Jadi, Say No to April Fool tapi say Yes to my Birthday!!!!hahahaha(gelak kuat2)

Yes today is my birthday...nothing special today tapi still mengharapkan yang terbaik buat aku dan family di hari yang mendatang.Moga aku menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik untuk anak2ku...aminnn...Yang menariknya...esok besday my hubby n hujung bulan adalah besday aqiel..hehheh..

Tapi kalau masa sekolah n zaman U dulu memang selalu kena dengan kawan2...macam2 la yang diorang buat..huhuhu...itu masa zaman jahil kan...tapi itu bukan untuk meraikan aprilfool just suka2...hehheeheh...(lagi mai tunjuk yang diri ini tak bersalah!)

Apa2 pun...yang paling best orang senang nak ingat besday aku...hahahhaha...best..best!