Pages

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua...Kalau dulu selalu wish kat member2 kan...sejak 3 tahun lalu aku plak yg slu dapat wish dari kawan2...bahagianya rasa bila dah jadi ibu kan walaupun anak aku masih kekal seorang namun tetap berdoa dan berdoa moga dapat berikan 'kawan' untuk Aqiel dan anak untuk my hubby.Dah..dah jangan sedih2...percaya pada rezeki yang Allah bagi dan sentiasa berdoa agar Allah berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga...Aku ni bukan blogger tegar macam kawan2 len...sokmo je entry akan lambat untuk sebarang peristiwa...hahhahah...tapi malam ni try gak nak menaip sebab my hero dah tido n my hubby pegi KL

Ops lupa...buat officemate faizah yang melahirkan anak kedua semalam (sehari sebelum hari ibu), congrats ya...now..you're the mother of two daughters..bestnya(mula dah..mula dah..).Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal (cekal sungguh dia) selepas yang sulungnya adalah czer...Selamat berpantang

Namun tidak lupa juga Al-fatihah buat arwah mak moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Aminn. Tahun ni dah masuk tahun ke 6 beliau mengadap Ilahi.Terima kasih kerana menjaga kami 11 beradik dengan penuh kasih sayang tanpa rasa penat dan jemu walaupun terpaksa melaluinya seorang diri kehadiran suam i(setelah ayah meninggal masa umur aku 3 tahun).Walaupun tidak banyak yang aku lakukan sepanjang umurnya namun bersyukur kerana sempat menjaganya sehingga akhir hayatnya (aduh..tak leh tulis panjang2 nih...kang basah lak lappy nih)...

1 comments:

F a i z a h ' s said...

Faizah doakan smg kak nita berpeluang menikmati saat mengandung n melahirkan lg... insya allah, DIA tahu apa yg terbaek utk kita...

Post a Comment