28.04.2012 genap 3 tahun buah hati pengarang jantung ibu nih...alhamdulillah..terima kasih Allah kerana beri kami berdua, suami isteri anak yang cerdik dan comel (kena sebut hensem dah kot..dah besar..hehhe). Tidak seperti tahun sebelum2 nih ibu akan kalut untuk cari kek ataupun buat celecration untuk anak teruna sorang nih. Tahun ni ibu cuma masak makanan kegemaran dia...MEE GORENG!..Hahahhaha...actually birthday dia jatuh hari Sabtu..suppose leh la nak buat kek or buat something yang lebih sedap tapi bila ada di kampung malas la pulak nak buat apa2 dan susahkan orang len..so amik keputusan untuk masak mee je..
Yang paling tak leh tahan bila ibu n ayah nyanyikan lagu hepi bday tuk dia...tersipu2 malu..alahai la anak awak tu lelaki mana leh malu cam tu...kalau sebelum2 nih bday orang lain dia la yang sibuk nyanyikan lagu tuk orang dengan pelat2nya...epi beday to you...ha..macam tu la dok ulang2..pandai sungguh!
Sebenarnya celebration untuk anak dah merangkumi dalam celebration family yang kami decide untuk buat sama2 adik beradik lain termasuk anak2 sedara masa cuti pertabalan Agong 11 april hari tu.meriah sungguh masa tu..kat kampung..siap dirikan 2 buah khemah..tu pun tak cukup gak..ramai ngalahkan kenduri kawin. Memang pakat2 nak buat kenduri sama dan di akhiri dengan bacaan yasin..siap ada goodie bag lagi...ha...kan meriah gtu...tak pe sekali sekala lagipun dah lama tak buat kenduri utk arwah2 kan...
Cuma satu je yang belum...HADIAH!..tak tau nak beli pe...Ayah ada gak bertanya nak beli pe untuk anak tahun ni tapi tak leh nak jawab la..nak beli mainan memang banyak dah kat rumah...dia suka sangat ngan cepeton (sebutan untuk pistol)..dari yang berbunyi..ada lampu n pistol air semua dah ada...dia suka gak gitar..ada nampak 1 gitar ni kat kedai..mmmmphh..tengah berfikir ok ke nak beli gitar..alahai..dalam dilema la plak ibu sorang nih...tak pe..ibu fikir slow2 hadiah pe nak bagi..
Perangai lak..skang ni dah banyak yang dia boleh...cakap banyak..petah tapi masih ada pelat n ada ada yang ok..skang ni klau dah success buat sesuatu mesti perkataan ni yang keluar dari mulut dia.."Pandai anak ibu buat"...hahahahha...ayah kata anak ni mulut banyak macam ibu..then ibu akan balas balik..almaklumla masa ngandungkan dia ibu banyak buat kelas n ajar orang komputer...tu la dia cakap banyak..ok tak alasan gtu...hehheheh.. Akhir sekali doa ibu moga Aqiel akan jadi anak yang soleh dan membanggakan ibu dan ayah..Aminn..